Siasatan PAC terhadap 1MDB Arul Kanda Kandasamy

Pada 25 Mei 2015, Arul Kanda Kandasamy selaku presiden 1MDB dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berjanji akan hadir memberi keterangan kepada PAC. Shahrol merupakan CEO 1MDB daripada Januari 2009 sehingga Mac 2013. Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin. 1MDB ditubuhkan pada 2009.[8] Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed memaklumkan bahawa Arul berada di luar negara atas urusan perniagaan, manakala Shahrol memohon penangguhan selama sebulan sebagai tempoh persediaan untuk pendengaran 1MDB.

1MDB menanggung hutang RM42 bilion dalam masa enam tahun beroperasi. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa Kabinet memecat semua lembaga pengarah 1MDB atau ia sendiri meletak jawatan. Jawatankuasa Parlimen bebas yang dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang itu mula mengadakan pendengaran Selasa 19 Mei 2015 selepas membuat keputusan tidak menunggu siasatan bebas yang dijalankan Ketua Audit Negara selesai.[9]

Rujukan

WikiPedia: Arul Kanda Kandasamy http://www.agendadaily.com/Eksklusif-Bersama/ramai... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/... http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/... http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/1mdb-pemi... http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/arul-kand... https://www.mynewshub.cc/hangat/cerita-indah-di-se... https://www.malaysiakini.com/news/285672 https://www.beritaharian.sg/dunia/ketua-1mdb-arul-...